10 June 2013

Eropah 7 Negara Bersama Trip Kekawan BAB PERSEDIAAN BUDGET

Yaaahahahaiiii...
Apa la uplod pic baggage penuh makanan ni..tak sesuwaiii..
Critanya ni iktibar dari trip yg sudah2.Susahnya nak mencari makanan halal satu hal.
Tambah2 dengan nilai currency yg sangatlah tinggi ...at least boleh lah bajet bnyk kan.
Untuk kekawan yg berada di Sabah sebagai tips untuk mengelakkan beg kita jd berat oleh makanan dlm tin ni,beli "ready to eat meal" produk dari Brahim's.Hanya boleh didapati di semenanjung shj ya..
huhuhu...tension! Andaiku tahu..since Hj Zikri dah listkan brg makanan yg patut dibawa saya & suami round hypermarket di kk ni mmg tak jumpa la pek makanan Brahim's ni.Servay,Giant mmg zero.Apa cer...
Ok pek makanan segera Brahim's ni rupa dia camnih,

 

So yg planning nak melancong ujung2 taun ni bole la prepare.Beli makanan suma ni kat kl je ye..Pek ni senang,Tinggal rendam dlm air panas 5-10 minit den..siap tuk dimakan.Tapi pada yg x biasa x makan nasi putih tu bole bawa beras mcm kitorang.5kg tu...diulang...5kg ya kekawan.kekekeke...bawa rice cooker paaaling kecik tu juga.bole masak2 dlm bilik hotel.Akan tetapi ada sesetengah hotel yg x benarkan kita masak dlm bilik.Bau katanya.Pandai2 korang ye.Buka langsir & cermin tu dulu baru masak.Rice cooker ni senang,kalau jumpa ikan salmon slice atau telur kita bole goreng guna rice cooker ni.Minyak???Tak perlu minyak...guna butter je.lagi sedap.Tapau butter yg diberi dlm flight nnt.pastu blh guna utk goreng2 telur ke apa.Kaki pancing cam kitorang mmg survival.cehcehceh...
 
Tiket flight kalau nak budget sila la beli masa Matta Fair je ye.Murah gila2.Masa trip baru ni saya & suami pegi balik,dua org dapat harga Rm 5ribu sahaja.Murah kan..Untung la kalau ada yg dapat lebih murah dari ni.Calculate balik,sepanjang trip ni yg mahal cuma flight je.Lain2,tiket bas..train atau pakej2 lain taklah mahal sangat.Paling mahal pun tiket train naik ke Jungfrau iaitu puncak tertinggi eropah di Switzerland.Tapi sangat berbaloi rasanya bila berada di atas puncak tu.Akan saya uplod kan gambar2 di Jungfrau nanti k..
 
Untuk lebih budget,ketika berada di Paris boleh la ambik tiket PARIS VISITE travel pass.Bole ambik zone 1-zone 5 sekiranya kekawan berada agak lama di paris atau bole juga ambik zone 1&2 shj.Sistem pengangkutan di paris sangat sistematik.Terbaekkk la.Jangan lupa download dan print map di bawah ya.Senang untuk plan perjalanan kita.Sila download di www.ratp.fr





Oleh kerana saya & suami berada di paris selama 3 hari dari hari pertama sampai (hari ke4 kembara grup Trip Kekawan bermula dgn destinasi pertama Switzerland),kami decide beli tiket zone 1-2 sahaja.Dengan tiket ni saja kami bole pegi ke tempat2 menarik seperti Eiffel Tower,Arc De Triomphe,Museum De Louvre dll.Akan saya detailkan tempat2 ini nanti k.Harga tiket spt dlm pic di atas eur 6.60/day.seorang.Sila sediakan coin euro kerana tiket ni bole dibeli melalui mesin2 yg terdapat di setiap stesen.senang dan x perlu beratur di kaunter.Tetapi sekiranya kekawan confuse...bole la bertanya di kaunter.Tu pun kalau mereka bole bercakap omputih yer...kekeke
Pengalaman saya yg lepas,gadis kat kaunter dengan lajunya kata "I don't speak English"
huhuhuhu...kebanyakan mereka samada mmg x bole atau pura2 tak bole bercakap inggeris.Wallahualam...So bertahan la.Andai terlajak ke mana2 stesen pun kita bole berpatah balik dengan Kad di atas.Insyaallah ok..Mula2 kitorang pun sesat juga.Biasa la...Tapi dgn adanya map dan details yg diberi oleh Hj Zikri semuanya jadi mudah.Hari kedua dan ketiga kitorg dah ok.Terlajak atau sesat pun mesti ok punya.Perhatikan sj tanda atau signboard di mana stesen yg sepatutnya kita pegi.
Buku panduan dan map yg tak lepas dari tangan.huhuhu...
Sentiasa la peratikan sign dan screen yg menunjukkan setiap destinasi serta no platform yg patut kita pegi.

SORTIE = EXIT
CORRESPONDANCE (signboard berwarna oren tiada dlm gmbar)= PERTUKARAN TRAIN.

Peratikan balik map di atas banyak line yg berwarna warni kan.Tak paham?takpe.
Saya akan detailkan contohnya nanti.Dan untuk lebih detail sila rajin2 kan diri anda meng'google' info2 berkaitan tempat2 yg anda ingin pegi dan direction nya ke tempat tersebut.Saya sangat menyukai google maps.Di samping menunjuk arah dia juga berikan cara2 dan pengangkutan apa yg patut kita naiki.Sangat membantu.
 
Info seterusnya .... To Be Continue
 
 
 


8 comments:

mdnasiridris said...

salam. sekadar makluman. tiket waktu matta fair sebenarnya murah sikit shj. cara terbaik nak beli tiket ialah melalui sky scanner. bulan november saya beli tiket dari kl ke Rome dan pulang dari Paris ke kl dengan kuwait airways hanya 2400rm shj. 2 hari lepas saya beli untuk seorang kawan dari kl ke istanbul return hanya 1997rm shj dengan qatar airways. esok dia berangkat type skyscanner, pilih destinasi dan tarikh, nanti akan keluar harga airlines dari yg paling murah hingga yg paling mahal.

mdnasiridris said...

salam. sekadar makluman. tiket waktu matta fair sebenarnya murah sikit shj. cara terbaik nak beli tiket ialah melalui sky scanner. bulan november saya beli tiket dari kl ke Rome dan pulang dari Paris ke kl dengan kuwait airways hanya 2400rm shj. 2 hari lepas saya beli untuk seorang kawan dari kl ke istanbul return hanya 1997rm shj dengan qatar airways. esok dia berangkat type skyscanner, pilih destinasi dan tarikh, nanti akan keluar harga airlines dari yg paling murah hingga yg paling mahal.

...and the story begin... said...

Salam...terima kasih atas info nya en nasir idris.Ya semasa trip ke south island 18 nov lalu sya beli tiket melalui skyscanner.agak murah berbanding Matta fair.

...and the story begin... said...

Boleh tak maklumkan saya sekiranya ada tiket murah ke mana2?hehe...

yatiwa said...

Tumpang tanya : Rate yg terpapar di sky scanner tu all in rates ke atau perlu tambah tax, luggage etc.?
Ada jumpa may ticket to Paris return by Qatar airways and it cost RM2098 aje.

...and the story begin... said...

Salam Yatiwa...
Return ke europe rm 2098??tu dah kira murah tu.Oh ya,masa pegi europe tu sya beli tiket MAS.tak guna skyscanner.Pegi NZ baru2 ni ya saya beli melalui skyscanner.Tiket ke europe saya beli masa Matta fair kat PWTC bulan mac lalu.
Tp sungguh kalau 2098 baik beli je.jgn tunggu lama.murah sangat2.

Rasidah Mohd Salleh said...

Salam.ada sesape tahu camne nak dot ticket murah ke NZ?teramatlah memerlukan

...and the story begin... said...

Salam..
Cik Rasidah,trima kasih sudi singgah.Nak cari tiket murah bole masuk web www.skyscanner.com